MARKET IKAN LAGA JATUH MENDADAK, INI SEBAB DAN PUNCANYA


Salam satu hobi, salam satu air.

Sejak kebelakangan ini, mungkin ada sahabat yang terkesan dengan kejatuhan market ikan laga di Malaysia bahkan kejatuhan market ini juga dirasai di negara-negara jiran.

Kepada yang menjalankan hobi ini sebagai punca pendapatan tetap, pasti sangat terkesan bukan? Dan kepada yang menternak ikan laga sebagai hobi semata-mata, terima kasih diucapkan kerana masih setia dengan hobi ini

Di sini, kami ingin berkongsi sedikit informasi berkenaan sebab dan punca kejatuhan 'market' ikan laga. Semoga dengan perkongsian ini, sahabat semua dapat mencari jalan untuk sama-sama menaikkan kembali 'market' ikan laga seperti dahulu.

Walaupun apa yang kami bakal kongsikan ini bukanlah tepat 100%, tetapi diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada sahabat semua.

1. Krisis ekonomi sejak pandemik COVID-19

Seperti kita sedia maklum, sejak pandemik melanda negara ini diikuti dengan PKP demi PKP, majoriti rakyat sangat terkesan dengan krisis ekonomi. Ada yang hilang pekerjaan dan perniagaan juga banyak terjejas. Apabila ekonomi terjejas, rakyat lebih mendahulukan apa yang lebih penting dan kebiasaannya hobi ini adalah pilihan terakhir.

2. Lambakan ikan laga 

Sejak PKP pertama melanda negara, ramai rakyat yang tidak dapat bekerja, ada juga yang 'work from home'. Maka, ketika itu, ramai yang mula menceburi bidang ikan laga untuk mencari masa lapang atau pun mencari bisnes sampingan. 

Di samping itu, untuk menjadi seorang penternak ikan laga di masa kini sangat lah mudah. Di mana banyak sumber ilmu tentang cara ternak dan penjagaan ikan laga yang boleh didapati di hujung jari. 

Jikalau dahulu, untuk menjadi seorang penternak ikan laga agak sukar, dimana sumber adalah terhad, tetapi sekarang semuanya mudah.

Oleh itu, dengan bertambahnya penternak baru, maka lambakan ikan laga pun terjadi. Ditambah pula dengan ikan laga import yang murah dan berkualiti serta kekurangan pembeli maka terjadilah inflasi.

3. Bidding

Bidding ikan laga juga sedikit sebanyak mempengaruhi market ikan laga. Biding yang banyak diadakan melalui laman sosial Facebook, Instagram, Telegram dan aplikasi Whatsapp juga adalah merupakan salah satu cara breeder pemula untuk menjual ikan laga mereka, di mana kadang kala mereka kurang arif tentang harga market mengikut kualiti ikan tertentu dan juga kerana faktor persaingan jualan secara langsung. 

Oleh itu, ramai yang mengambil jalan mudah dengan meletakkan tapak kosong untuk bid mereka.

4. Betta Competition

Jikalau dahulu, kita boleh lihat ramai breeder yang menjual ikan laga mereka di tempat pertandingan ikan laga yang diadakan, dan kebiasannya selepas sesi penjurian, pihak penganjur akan mengadakan sesi open to public bagi menarik orang ramai untuk melihat ikan-ikan yang dipertandingkan di samping menarik minat mereka untuk membela ikan laga ini. Dengan ini juga, mereka boleh tertarik untuk mencari ikan laga yang berkualiti untuk  dipertandingkan pula.

Namun kini, disebabkan SOP yang ketat semenjak pandemik, semua ini tidak dibenarkan lagi. Hanya pihak penganjur dan handler sahaja yang dibenarkan berada di dalam kawasan pertandingan.

Menyedihkan, kini tiada lagi kemeriahan pertandingan ikan laga dan bilangan entry ikan laga juga berkurang dengan mendadak di setiap pertandingan.


5. Female Betta

Penjualan runcit dan borong female betta yang berkualiti dengan harga tersangat murah serta penjualan female reject juga adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan kerana impaknya sangat besar.

Terdahulu, untuk mendapatkan strain ikan tertentu, breeder perlu bergolok gadai untuk menghasilkan strain berkenaan kerana ketiadaan female didalam pasaran. Secara tidak langsung, ianya menjadikan strain tertentu sukar didapati.

Maka dengan itu, market pun terkawal kerana pengeluarannya sedikit, tetapi permintaan tinggi.

Kita sedia maklum, kebanyakan breeder dahulu sangat menjaga female betta mereka, kalau ada yang jual pun harga mencecah ribuan ringgit. Tetapi malangnya pada masa kini, ianya sekarang mudah didapati, bahkan harga dipasaran ada yang sampai mencecah RM1 seekor sehinggakan ada juga yang memberi female secara percuma!

Hal ini sangat sangat menyedihkan dan menakutkan, janganlah pentingkan diri sendiri. Kalau anda cuma jalankan hobi ini sebagai bisnes sampingan, percayalah ramai breeder di luar sana yang menjadikan  hobi ini sebagai periuk nasi untuk diri dan keluarga.

Buanglah sifat 'tidak mahu rugi'. Perkara ini sudah berlaku terlalu lama dan impaknya sudah kita rasakan sekarang.

Semua poin di atas adalah sesuatu yang dilihat mudah tetapi memberi kesan yang besar kepada hobi yang kita sayangi ini.

Ini adalah sedikit perkongsian dari kami, jika ada kesilapan mohon dimaafkan.
Semoga kita semua dapat berganding bahu menaikkan industri ikan laga seperti sediakala.

Jikalau ada pandangan daripada sahabat, boleh kongsikan bersama kami...

Post a Comment

0 Comments