PENEMUAN TULISAN NAMA NABI MUHAMMAD SAW DI PLAT KAYU BAHTERA NABI NUH AS !

Ilustrasi bahtera Nabi Nuh As


Penemuan yang menggemparkan! Ilmuwan Rusia telah menemukan tulisan nama Nabi Muhammad SAW pada plat kayu bahtera Nabi Nuh AS.


Penelitian yang telah memakan waktu yang sangat lama iaitu hingga akhir tahun 1952, ilmuwan Rusia tersebut telah menyimpulkan sebuah plat kayu yang dijumpai adalah berasal daripada bahtera Nabi Nuh AS yang terdampar di puncak Gunung Calff (Judy).


Plat kayu tersebut mempunyai beberapa ukiran tulisan kuno di mana telah dikumpulkan beberapa orang ilmuwan untuk mentafsirkan maksud daripada tulisan-tulisan berkenaan.


Sekumpulan ilmuwan itu, dianggotai oleh 7 orang pakar iaitu;

1. Prof. Solomon, Universiti Moskow

2. Prof. Ifa Han Kheeno, Lu Lu Han College China

3. Mr. Mishaou Lu Farug, Pakar Fosil

4. Mr. Taumol Goru, Cafezud College

5. Prof. De Pakan, Institute Lenin

6. Mr. M Ahmad Colad, Zitcomen Research Association

7. Mayor Cottor, Stalin College


Penelitian telah dilakukan pada 27 Februari 1953 dan telah memakan masa selama 8 bulan. Kesimpulannya, plat kayu tersebut sama dengan kayu yang digunakan dalam pembuatan bahtera Nabi Nuh AS.


Plat kayu tersebut dipercayai, telah diletakkan sendiri oleh Nabi Nuh AS bagi tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah. Di tengah-tengah plat kayu tersebut, terdapat lukisan berbentuk pokok palma, di mana setiap lembar daunnya terdapat tulisan dari bahasa Saamaani.


Penemuan Plat Kayu Bahtera Nabi Nuh AS


Mr. N. F. Max, seorang pakar bahasa kuno dari Manchester telah menerjemahkan tulisan tersebut yang lebih kurang bermaksud seperti berikut:


"Ya Allah, Pelindungku! Berilah aku pertolongan dengan hak orang-orang yang Engkau sucikan, Muhammad, Ali, Fatimah, Shabbar (Hasan) dan Shabbir (Husein). Mereka semua adalah agung dan mulia. Alam semesta ini tercipta untuk mereka. Hanya Engkau-lah yang bisa menunjukkan ku jalan yang lurus".


Sebelumnya, para ilmuwan itu terkejut dengan keadaan plat kayu berkenaan yang masih utuh walaupun sudah ribuan tahun terkubur di dalam tanah. Dan sekarang, plat kayu itu disimpan rapi di Center of Fossil Research, Moscow,Russia.

Post a Comment

0 Comments