TAK SANGKA ADA BAKA ARNAB GERGASI

 

'GERMAN GIANT RABBIT'

German Giants adalah berasal dari keturunan baka arnab domestik yang sangat tua iaitu, Flemish Giants dan baka ini diketahui telah wujud sejak abad ke-16.

German Giants pada masa ini tidak dianggap sebagai baka arnab yang diiktiraf tapi sebaliknya, istilah ini digunakan untuk arnab yang dibiakkan dari baka Flemish Giants. Di beberapa bahagian dunia, arnab ini dikenali sebagai German Greys.

German Giants pernah dipercayai sebagai lagenda dan tradisi, tetapi pada tahun 2007, arnab gergasi dengan nama Robert mengambil perhatian dunia haiwan peliharaan di mana, arnab yang luar biasa itu mempunyai berat sebanyak 23 paun atau 10 kg dan apabila dipegang pada kaki belakangnya, ia adalah sebesar kanak-kanak berusia 5 tahun.

FUN FACTS
Berat: 16-25 Paun
Tinggi: 3 Kaki 
Jangka hayat: sehingga 12 tahun            
Bentuk Fizikal: Badan lebih bulat, Berbulu tebal dan gebu

Walaupun arnab ini bersaiz 'gergasi' tetapi ia merupakan haiwan yang sangat jinak dan suka dipeluk oleh tuannya. Namun kena berhati-hati, kerana haiwan ini cenderung mudah takut, dan ini kadangkala boleh menyebabkan mereka bertindak balas dengan menggigit dan mencakar.






Post a Comment

0 Comments