3 JAM BERENDAM DALAM AIS, WARGA POLAND PECAHKAN REKOD DUNIA GUINNESS

Valerjan Romanovski pegang rekod dunia 3 jam berendam dalam ais
Seorang lelaki warga Poland, Valerjan Romanovski berjaya memecahkan Guinness World Record selepas menghabiskan 3 jam dan 28 minit di dalam ais.

Rekod sebelum ini dipegang oleh warga Perancis, Romain Vandendorpe, yang tenggelam dalam ais selama 2 jam, 35 minit dan 33 saat.

Valerjan masuk ke dalam tangki kaca dan merendamkan seluruh badannya ke dalam ais selama 208 minit.

Acara awam itu diadakan di Wilno, Lithuania.

Menurut Guinness World Record, Valerjan memecahkan rekod itu selepas menjalani latihan selama 6 bulan.

"Saya telah berhadapan dengan keadaan sejuk selama beberapa tahun. Setengah tahun sebelum rekod itu, saya membuat keputusan untuk menguji kekuatan saya dalam disiplin ini. Saya melakukan beberapa latihan selepas memutuskan bahawa rekod itu boleh dicapai", ucap Valerjan.

"Saya mendekati tubuh manusia dengan cara saintifik. Saya percaya bahawa potensi badan, dan di atas semua minda, adalah jauh lebih besar daripada apa yang kita semua anggap", tambah Valerjan lagi.

Valerjan menguji tahap ketahanannya dalam pelbagai cara. Dia adalah penunggang basikal dengan gelaran Guinness World Record untuk jarak terjauh berbasikal off-road dalam masa 12 jam (lelaki) - 314.65km.

Semasa Valerjan berada di dalam kotak kaca, suhu badannya sentiasa diperiksa dengan menggunakan termometer telinga. Jika suhu turun ke tahap kritikal, dia akan dikeluarkan dari ais dengan serta merta.

Badan Valerjan bergegar tanpa kawalan selepas masa mencapai 165 minit, tetapi dia tetap meneruskan perjuangannya sehingga dia berjaya memecahkan rekod dunia.

"Keadaan tidak mengizinkan untuk memecahkan rekod. Di luar adalah sekitar 8 °C (46.4 °F), berangin dan hujan dari semasa ke semasa", katanya.

Tahniah diucapkan kepada Valerjan Romanovski.

Post a Comment

0 Comments