ADAKAH SOTONG CALAMARI TIRUAN DIPERBUAT DARIPADA USUS BABI?


Tahukah anda sesetengah sotong calamari juga dijual dalam bentuk tiruan?

Seorang produser radio di Amerika, Ben Calhoun telah berkongsi mengenai perkara ini dalam segmen 'This American Life' yang bersiaran pada 11 Januari. 

Dari manakah datangnya khabar angin mengenai sotong calamari tiruan ini?

Ben hanya mengetahui perkara ini setelah dia mendapat satu emel daripada peminat segmen radionya, 'This American Life' yang memberitahu bahawa dia mendengar perkara ini daripada seorang lelaki yang bekerja di kilang pemprosesan babi.

Apabila Ben membuat susulan, petani itu memberitahunya bahawa dia mendapat maklumat tentang sotong calamari tiruan daripada seorang lelaki yang dikenalinya yang menguruskan kilang pemprosesan daging babi tersebut.

Pengurus kilang itu memberitahu Ben bahawa dia 95 peratus pasti dakwaan itu benar, walaupun dia mengakui tidak pernah melihat dengan mata sendiri. Dia hanya mengetahuinya daripada pekerja-pekerja kilang tersebut.

Dan walaupun tiada sesiapa di kilang itu pernah melihat usus babi dibungkus sebagai sotong, namun mereka mengesahkan bahawa mereka juga pernah mendengar cerita itu.

Menurut laporan seorang aktivis, terdapat pentunjuk penipuan makanan laut, di mana sejenis ikan yang disalahlabelkan sebagai makanan yang lain. Dan, ujian rasa yang pernah dibuat menunjukkan bahawa menukar usus babi untuk calamari tidak dapat dikesan.

Ben tidak mencuba untuk menyembunyikan kelemahan dalam kes ini: "Saya ulang sekali lagi, saya tidak mempunyai bukti kukuh bahawa sesiapa atau di mana-mana tempat yang menyajikan hidangan tiruan tersebut", katanya dalam penutup skrip radionya. 

Sejauh manakah kebenaran ini? Bagi anda yang suka membeli sotong calamari diharapkan dapat memeriksa dan mengkaji dengan lebih lanjut. Mungkin maklumat yang anda dapatkan akan berguna untuk saudara muslim yang lain.

Post a Comment

0 Comments