Babak panas oleh Zul Ariffin mengundang kecaman netizen |
Namun ianya mengundang padah apabila video tersebut dikecam oleh netizen dan bakal disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKM) 1998.
Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-Kom) Tan Sri Annuar Musa berkata, perkongsian pelakon itu telah menyalahi undang-undang dan menegaskan adegan itu dilarang untuk tayangan.
Annuar memaklumkan perkara itu menerusi laman Twitter miliknya pada pagi tadi.
Dalam hantaran sebelum ini, Annuar memberi amaran kepada semua stesen televisyen supaya tidak memaparkan sebarang adegan yang menunjukkan sikap tidak sensitif kepada ajaran agama dan nilai budaya serta bahasa di negara ini.
Menteri K-Kom melarang keras adegan panas tersebut |
Menurut pengarah drama 'Perempuan Itu', Ain Sharif adegan panas yang bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak akan ditayangkan di televisyen dan hanya tujuan publisiti.
0 Comments