JOHN WICK VERSI ANIME BAKAL MENEMUI PEMINAT: KEANU REEVES

Untuk peminat John Wick anda semua boleh bergembira, kerana siri anime rasmi untuk francais filem popular ini sedang dalam proses pembuatan,.. Siri anime JOHN WICK ini sedang dalam proses untuk di realisasikan kerana permintaan dan populariti adaptasi anime yang semakin meningkat.


Pengarah Chad Stahelski ,menyatakan keterujaannya tentang projek itu. Kerana kecintaanya terhadap media Jepun, sebagai motivasi utama beliau melakukannya. Format anime yang di tawarkan berkemungkinan tentang dunia JOHN WICK yang tiada penghujung, penuh aksi dan tanpa had bagi aksi pertarungan.

Anime JOHN WICK ini adalah impian menjadi kenyataan bagi peminat filem aksi yang menggabungkan pengembaraan mendebarkan pembunuh upahan legenda dengan kreativiti yang tiada tandingan, dan urutan aksi level tinggi..Perkembangan ini menyerlahkan landskap adaptasi filem ke anime yang berkembang dalam industri hiburan..



Anime rasmi JOHN WICK, sedang dalam proses pembuatan.. Menurut komen terbaru yang dibuat oleh pengarah siri Chad Stahelski. Anime telah mengalami lonjakan populariti beberapa tahun terakhir ini, dan lebih banyak syarikat di luar Jepun ingin mengambil peluang daripada permainan video,filem aksi, siri tv, dan buku komik untuk di jadikan anime. Ini menunjukkan penerimaan yang semakin meningkat untuk anime.


Francais filem terkenal JOHN WICK yang di bintangi oleh KEANU REEVES baru sahaja muncul dalam siri keempat, dan siri kelima dikhabarkan akan menyusul. Sementara itu, siri anime JOHN WICK baru sahaja disahkan..harap peminat semua dapat bersabar...


Post a Comment

0 Comments