LETUPAN GUNUNG MARAPI,JENAZAH 5 SAHABAT DIJUMPAI BERPELUKAN

 

Gunung Marapi yang meletup pada 3 dis 2023 pada jam 2.54 petang  telah mengorbankan 22 nyawa. 

Gunung berapi setinggi 2,891 meter (m) di Sumatera Barat meletus Ahad lalu, memuntahkan abu setinggi 3 kilometer (km) ke langit. Marapi adalah salah satu gunung berapi paling aktif di pulau Sumatera dan kali terakhir meletup pada Januari dan Februari tahun ini.

Letupan besar gunung Marapi yang dirakamkan oleh penduduk

Di antara mangsa yang telah meninggal dunia, ada kisah yang menyayat hati dimana lima  orang sahabat pendaki di temui meninggal dunia dalam keadaan berpelukan. Mangsa terdiri dari empat orang lelaki dan seorang wanita.

Yang menjadikan peristiwa ini lebih memilukan dimana ketika jenazah mereka di ditemui, empat jenazah lelaki masih dalam keadaan berpeluk antara satu dengan yang lain, dan jenazah wanita berada di tengah seolah mereka sedang melindunginya. Kesemua mangsa meninggal dengan kesan melecur yang teruk.

Kelima-lima mangsa berasal dari sumatera barat dan riau, dan dua dari lima orang adalah penuntut universiti.


Letupan gunung Marapi

Sejak 2011, agensi gunung berapi Indonesia dalam surat bulanan menggesa agensi pemuliharaan tempatan dan Kementerian Alam Sekitar untuk menutup kawasan dalam radius tiga kilometer dari puncak kepada pendaki.

Ketua Agensi, Hendra Gunawan berkata, masih terdapat 75 pendaki di gunung berapi ketika ia meletup.

Bagaimanapun, badan itu hanya boleh mengeluarkan amaran keselamatan dan terpulang kepada Kementerian Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan untuk menguatkuasakannya.

Agensi pemuliharaan yang berada di bawah kementerian itu berkata, permit mendaki diberikan selepas mendapat lampu hijau daripada beberapa agensi tempatan, termasuk kerajaan wilayah Sumatera Barat, Agensi Bencana Kebangsaan dan Agensi Mencari dan Menyelamat Padang.

Letusan Gunung Marapi pada Ahad lalu adalah yang paling berbahaya sejak 1979 yang membunuh 60 orang.

Letupan gunung berapi jarang berlaku sejak sedekad lalu, menjadikannya sukar untuk dianalisis.

Indonesia, yang berada dalam "Lingkaran Api" mempunyai lebih daripada 100 gunung berapi aktif.

Post a Comment

0 Comments