MITOS DI SEBALIK NAMA SUKUNA DAN RUJUKANNYA DALAM ANIME JUJUTSU KAISEN

Sebut sahaja JUJUTSU KAISEN, majoriti peminat Anime seluruh dunia sudah pun tahu Anime popular ini..karya yang di hasilkan oleh Gege Akutami telah mencipta fenomena baru dalam dunia Anime.


Terdapat banyak plot cerita serta daya tarik tersendiri pada anime ini. Tidak lupa juga adegan pertarungan yang sengit dan cukup dramatik.

Cerita ini tertumpu pada watak Itadori Yuji, seorang pemuda yang memiliki kekuatan besar. Walaubagaimana pun dari kekuatannya yang besar itu, Yuji hanyalah seorang pemuda yang memiliki perasaan ingin tahu yang tinggi. Kisahnya bermula apabila Yuji menelan jari raja iblis Ryomen Sukuna yang membolehkan Yuji mendapat kekuatan yang besar. Itulah asas kekuatan Yuji.

Ryomen Sukuna adalah watak penjahat utama. Dia tersangat kejam,psiko dan merupakan punca semua bencana di dunia. Kesombongan Sukuna didukung oleh kekuatan nya yang besar. Jadi tidak hairanlah jika dia bermulut celupar dan selalu merendahkan Yuji.


Watak Ryomen sukuna dalam Jujutsu Kaisen bukanlah watak rekaan semata-mata. Watak mengerikan ini selalu di sebut dalam lagenda negara Jepun. Dipetik dari sumber Animenewsnetwork, ini dia penjelesan mengenai watak raja iblis Ryomen Sukuna.

Sukuna pertama kali disebut dalam Nihon Shoki, sebuah dokumen milik keluarga kekaisaran Jepun pada tahun 720 Masihi Zaman Nara. Ada banyak rupa Sukuna yang disebutkan, salah satu seperti yang disebutkan di serial Jujutsu Kaisen: memiliki dua wajah, empat lengan dan dua kaki tambahan. Tingginya sekitar 3 meter dan menggunakan senjata berupa busur lengkap dengan anak panah dan pedang berkekuatan luar biasa. Dalam dokumen itu disebutkan bahawa Sukuna menolak  untuk tunduk kepada kekaisaran sehingga ia dilabel penjahat besar. Namun, hanya Shogun Takefurukuma no Mikoto saja yang mampu membunuhnya.

Jika di wilayah Gifu Sukuna disebut sebagai syaitan haus akan darah, tapi berbeza pula di Wilayah Hida, ia disembah sebagai dewa mulia. Dalam mitologi di kawasan ini, Sukuna adalah orang yang memperkenalkan agama Buddha pada orang-orang Hida dan orang yang membangun kuil Senkouji. Beberapa naskah menyebutkan bahwa ia adalah kelahiran semula dari Boddhisatva Kannon.


Perbezaan kisah ini boleh ditemukan di legenda tempatan. Kononnya, Sukuna dalam Nihon Shoki adalah nama tokoh penguasa atau keluarga penguasa di wilayah Hida, bukan seorang syaitan seperti yang disebutkan dalam anime. Namun, saat keluarga Yamato menguasai wilayah tersebut, mereka membuat cerita bahawa Sukuna adalah musuh yang mengancam keselamatan orang-orang Hida. Keluarga Yamato mempunyai motif tersendiri  untuk hal tersebut sehingga akhirnya Sukuna dikenali sebagai Ryomen yang bermaksud bermuka dua, merujuk pada keterangan literal dan reputasinya.

Mengikut dari statusnya, Akutami mempersembahkan Sukuna sebagai sumber malapetaka yang mempunyai dua wajah, empat tangan, dan dua kaki. Ini adalah ciri-ciri umum yang diyakini oleh kebanyakan orang tentang legenda Sukuna. Orang yang kebetulan melihatnya akan mendapatkan bencana bahkan meninggal. Dalam legenda urban disebut bahawa sumpahan Sukuna dapat menyebabkan bencana seperti gempa bumi besar di Taisho (1912 -1926) dahulu.


Penggambaran mengerikan yang diangkat oleh Akutami untuk watak Sukuna dalam Jujutsu Kaisen mengambil keterangan dari lagenda Sokushinbutsu. Banyak teori dan cerita-cerita yang disemadikan di dalam karakter Sukuna dalam Jujutsu Kaisen yang diambil oleh Akutami, seperti kisahnya dalam siri tersebut, ia memakan saudara kembarnya sendiri.


Post a Comment

0 Comments