OPTIMUS GEN 2 ROBOT HUMANOID TERBARU KELUARAN TESLA

 Tesla, syarikat yang terkenal dengan kereta elektrik, panel solar dan baterinya, juga telah bekerja keras untuk membangunkan robot humanoid yang boleh melakukan pelbagai tugas dan berinteraksi dengan manusia.


Robot humanoid Optimus Gen 2 (Tesla)

syarikat itu baru-baru ini telah melancarkan versi terbaru robot mereka, yang di panggil "optimus gen 2"lebih ringan ,lebih pantas ,lebih lancar dan lebih berkemampuan daripada pendahulunya.


Robot humanoid Optimus Gen 2 (Tesla)

APAKAH OPTIMUS GEN 2

Optimus Gen 2 adalah robot humanoid, generasi kedua dari Tesla. Mesin ini di reka bentuk untuk tujuan umum yang boleh membantu manusia , dalam pelbagai bidang seperti pembinaan, pembuatan, penjagaan kesihatan dan juga hiburan.


Robot humanoid Optimus Gen 2 (Tesla)


Robot itu berdiri pada ketinggian 5 kaki 11 inci, dan berat 121 kg. Iaitu 22kg lebih ringan dari versi sebelumnya, ia boleh berlari pada kelajuan 5 km sejam, ianya 30% lebih pantas dari pendahulunya. robot ini juga memiliki 35darjah kebebasan, yang bermaksud ia boleh menggerakkan sendinya dalam pelbagai arah dan sudut. Ia juga memilik penampilan dan pergerakan lebih kepada manusia, berkat teknologi yang terdapat pada leher, kaki dan tangan barunya..


Robot humanoid Optimus Gen 2 (Tesla)

Tangan Optimus Gen 2 memiliki 11 darjah kebebasan ,serta di lengkapi deria sentuhan dan penggerak lebih pantas, yang membolehkan ia memanipulasi objek dengan lebih cekap, tepat dan tangkas..

Kaki robot pula memiliki bentuk yang lebih semulajadi, dan memiliki daya deria yang membolehkannya berdiri dan berjalan lebih baik.

Robot humanoid Optimus Gen 2 (Tesla)

Tesla juga dilaporkan, mempunyai visi untuk mencipta rangkaian, robot yang boleh berkomunikasi dan bekerjasama antara satu dengan yang lain, serta memiliki kebolehan bekerjasama dengan manusia, menggunakan teknologi Auto pilot dan Neuralink.

Robot humanoid Optimus Gen 2 (Tesla)

Optimus Gen 2 Tesla, ialah contoh yang menakjubkan tentang sejauh mana humanoid robot telah  datang, dan sejauh mana pula ia boleh pergi. Robot ini adalah bukti cita-cita dan inovasi Tesla. Walau bagaimanapun ramai yang mempersoalkan bagaiman kita akan wujud bersama dan bekerjasama dengan robot humanoid. Bagaimanakah kita dapat memastikan ia akan memberi manfaat atau mudarat... Ini adalah beberapa soalan yang perlu kita fikirkan dan jawab ,semasa kita memasuki era baru humanoid dan robotik ini.


Robot humanoid Optimus Gen 2 (Tesla)


Apa pendapat korang tentang humanoid robotik ini?? Adakah korang takut atau terpesona dengan keupayaan mereka??? kongsikan di ruangan komen



Post a Comment

0 Comments