WATAK DAKI DEMON SLAYER SEBENARNYA HANTU YANG WUJUD DAN DITAKUTI DI JEPUN

Siapa yang tak kenal watak Daki dalam DEMON SLAYER ? Tahukah anda Daki memang wujud dalam mitos masyarakat Jepun hingga ke hari ini..So min nak story sikit siapa wanita yang di gelar Daki dan siapakah dia..so let's go ....

Daki

Daki adalah seorang hantu wanita yang penuh dengan kelicikan dan selera yang besar kepada para pemancing ataupun nelayan. Yokai (syaitan) ini bersembunyi di sepanjang tepi laut sambil menunggu untuk menyerang mangsanya.

Legenda Daki berasal daripada KAKARASHIMA, sebuah pulau di luar pantai utara wilayah Saga. Daki merupakan variasi tempatan Iso Onai .seorang yokai selalu  muncul di tepi pantai yang memakan para pelaut dan juga nelayan

Apabila dia melihat seseorang memasak ikan atas api di tepi laut, Daki akan mendekati mereka dengan menyamar sebagai pengemis  meminta ikan. Walau apa pun jawapan ,tujuan nya cuma satu, Daki cuma ingin mendekati mereka untuk memangsa mereka.

Nelayan di pulau Saga sangat takut kepada Daki. Mereka telah membuat tangkal untuk melindungi diri..
Salah satu cara apabila berhenti di pantai untuk memasak ikan, mereka hanya menjatuhkan sauh, mengelak untuk mengikat perahu mereka. Dengan cara itu mereka dengan mudah dapat melarikan diri dengan hanya memotong tali sauh jika Daki datang menghampiri mereka..

Legenda popular tentang Daki adalah kisah nelayan dan anak lelakinya yang pergi berenang di tepi sebuah pulau, selepas itu mereka pergi ke pantai menyalakan api untuk memasak.. Tidak lama kemudian seorang wanita pelik datang menghampiri mereka dan meminta seekor ikan..Nelayan tersebut tahu bahwa perempuan itu adalah Daki

Dia mengarahkan anaknya pergi ke perahu untuk mengambil ikan, bagaimana pun anak lelakinya keliru kerana dalam bot tidak ada ikan kerana mereka datang berenang sahaja bukannya menangkap ikan..
Nelayan tersebut pura-pura keliru dan langsung menuju ke perahu mereka, seolah-olah membantu anaknya mencari ikan..Setelah berada di atas perahu nelayan tersebut terus memotong tali sauh dan membawa perahu menghala ke laut..

Daki yang tahu penyamarannya dikesan, terus berlari ke pinggir pantai dan berteriak marah dan kecewa kerana kehilangan mangsanya. Kepintaran dan kewaspadaan nelayan tersebut telah menyelamatkan dia dan anaknya

Itulah wujud watak Daki dalam DEMON SLAYER yang diambil dari lagenda Jepun... salah satu watak  yang min minat dalam DEMON SLAYER.... next time min cerita lagi okay ..assalamualaikum

Post a Comment

0 Comments