ANAK KEPADA SELEBRITI "PAWN STARS" RICK HARISSON, MENINGGAL DUNIA PADA UMUR 39 TAHUN AKIBAT 'OVERDOSE'


Adam harisson bersama Ayah Rick Harisson

Adam Harisson salah seorang dari tiga anak lelaki kepada selebriti rancangan realiti tv "Pawn Stars" Rick Harisson. Adam Harisson telah meninggal dunia di Las Vegas pada hari  Jumaat 19 Jan 2024 disyaki akibat 'overdose'.

Jurucakap keluarga Harisson, Laura Herlovich mengesahkan punca kematian  Adam Harisson adalah kerana pemgambilan dadah yang berlebihan.

"Keluarga kami amat sedih dengan kematian Adam" dalam kenyatannya lagi "kami meminta ruang kerana masih bersedih atas pemergiannya".

Las Vegas Review-Journal melaporkan bahawa pihak polis masih lagi menjalankan siasatan atas kematian Adam, yang pertama kali dilaporkan oleh laman web selebriti TMZ.

Menurut kenyataan Herlovich lagi mereka tidak tahu lokasi dimana kejadian berlaku dan dadah jenis apa yang digunakan Adam.

Adam tidak dipaparkan dalam rancangan "pawn Stars", rancangan itu memaparkan anak sulung Harisson, Corey Harisson.


Pawn Stars

Rancangan bersejarah itu bermula pada tahun 2009, ia menceritakan tentang hubungan keluarga dan operasi perniagaan dengan lokasi terletak di Las Vegas Boulevard. Rancangan tersebut memaparkan orang datang membawa barang berharga mereka untuk dijual. Realiti tv "Pawn Stars"sangat berjaya dan membuat keluarga Harisson menjadi terkenal.

Watak utama "Pawn Stars" Richard Harisson yang memegang watak dalam rancangan tersebut dengan gelaran 'The Old Man' telah meninggal dunia pada Jun 2018 pada usia 77 tahun.

Follow- Locco Site fb page


Post a Comment

0 Comments