IDENTITI POLIS MINTA 'RM 100' SUDAH DIKENAL PASTI

Tangkap layar video yang ketika kejadian berlaku

Ipoh: Polis sudah mengenal pasti anggotanya yang didakwa meminta wang daripada pasangan pelancong UK, yang juga pempengaruh media sosial, bagi menyelesaikan saman kesalahan trafik.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri turut mengakui pasangan terbabit memberikan kerjasama apabila sudah berhubung dengan polis.

Beliau berkata, maklumat lanjut mengenainya akan dikemukakan menerusi siaran media dalam waktu terdekat.

"Sudah (kenal pasti). Nanti saya berikan siaran media," katanya ringkas sewaktu dihubungi, pagi ini.

Mohd Yusri ditanya pengesahan berhubung hantaran pasangan pelancong dari UK yang dikenali sebagai 'UK Van Lifers' itu di X, waktu tempatan malam tadi, yang menyatakan mereka sudah berhubung dengan polis Malaysia dan sedia memberikan kerjasama terhadap siasatan kes itu.

Pagi semalam, Mohd Yusri dilapor berkata Polis Perak sedang menunggu arahan Bukit Aman bagi siasatan lanjut kes itu dengan ia sudah dirujuk kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, selain menyatakan bahawa identiti anggota polis terbabit sedang dikenal pasti.

Ia termasuk keperluan bagi menentukan terlebih dahulu di kawasan mana sebenarnya kejadian itu berlaku sama ada, dalam Perak

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Kejadian itu tular apabila perbuatan anggota polis itu yang kononnya menawarkan diskaun saman trafik kepada pasangan warga UK ketika ditahan bagi kesalahan memandu melebihi had laju, sempat dirakam.

Anggota terbabit mendakwa pasangan berkenaan memandu selaju 80 kilometer sejam (km/j), melebihi had laju di laluan itu iaitu 60 km/j, sebelum mengeluarkan saman.

Bagaimanapun, anggota polis itu kemudiannya menawarkan 'diskaun' saman berkenaan daripada RM300 menjadi RM100, jika dibayar terus kepadanya iaitu tanpa dibayar di balai polis.


Sumber -Harian Metro

Post a Comment

0 Comments