MALAYSIA PERLU MENCONTOHI SINGAPURA UNTUK LEBIH TEGAS KEPADA ORANG LUAR YANG MELANGGAR UNDANG-UNDANG NEGARA

Han Feizi,29 seorang 'influencer' di China

Pada Oktober 2023 lalu, seorang wanita China bernama Han Feizi menjadi 'viral' selepas memuat naik dua video dia bertengkar dengan Pegawai Penyiasat Tempatan (IO) di aplikasi Douyin.

Wanita berusia 29 tahun itu merupakan seorang 'influencer' China yang mempunyai pengikut seramai 250,000 orang di aplikasi Douyin.

Han Feizi menyuarakan rasa tidak puas hati apabila tidak menerima rawatan segera akibat kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan di mana dia memberitahu bahawa jururawat yang betugas enggan merawatnya kerana dia bukan warga Singapura.

Feizi menunjukkan kecederaan di kakinya selepas terlibat kemalangan

Menurut video yang dikongsikan, Han Feizi juga secara kasar tidak menjawab soalan yang ditanya oleh IO sebaliknya bersifat agresif meminta IO tersebut menunjukkan pengenalan diri (ID) sambil mengadu menunggu selama tiga jam untuk menerima rawatan.

Selepas video-video tersebut 'viral', Pihak Berkuasa Imigresen Dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mendedahkan bahawa Han Feizi memasuki Singapura pada July 2023 lalu untuk memohon bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat KDL Elements. Bagaimanapun, dia tidak bekerja di sana dan sebaliknya bekerja secara bebas sebagai penyambut tetamu ('Hostess')

Dia juga sudah berada dalam pemantauan pihak polis akibat insiden pertengkaran dengan seorang pengawal keselamatan di The Sail @ Marina Bay tempat dia tinggal.

Han Feizi telah ditahan reman selama 40 hari (dia dibebaskan lebih awal kerana berkelakuan baik) di penjara, dikenakan denda 600 Dolar Singapore dan dilarang bekerja selamanya di Singapura.

Dia telah diusir dari Singapura pada 8 November 2023.

Berikutan dengan insiden ini, Malaysia perlu mencontohi Singapura agar tidak berkompromi dengan mana-mana orang luar yang tidak mematuhi undang-undang negara ini.

Post a Comment

0 Comments