MENGENAL SENYUMAN VIRAL JENNIE BLACKPINK, ADAKAH BERBAHAYA ?

JENNIE BLACKPINK memiliki salah satu Gummy smile yang sangat menawan, senyuman ini telah menjadi trend remaja zaman sekarang. Min bongkar sikit apakah yang boleh menyebabkan Gummy Smile terjadi..


Gummy Smile yang indah dimilik Jennie BLAKCPINK

GUMMY SMILE, adalah keadaan dimana terdapat lebihan tisu gusi sehingga gigi atas kelihatan lebih tebal apabila seseorang senyum.

Gummy smile adalah keadaan dimana apabila seseorang tersenyum, senyuman mereka menampakkan gusi lebih banyak dari gigi, dalam istilah perubatan ia disebut sebagai 'Exessive Gingival Display'.

Ciri-ciri khas  anda memiliki Gummy Smile adalah ketika senyum gusi lebih jelas kelihatan dalam 3-4 mm dari gigi.

Menurut maklumat yang di tulis pada 'Exessive Gingival Display', penerbit StatPearls, senyuman manusia biasa akan menampakkan gusi tidak lebih dari 1-2 mm.

Kebiasaanya Gummy Smile akan terjadi pada golongan muda. Salah satu badan penelitian mengatakan ia terjadi pada golongan yang berumur 20-30 tahun. Malahan Gummy smile lebih besar kebanyakan dimiliki wanita berbanding lelaki.


5 PENYEBAB TERJADINYA GUMMY SMILE

1. Faktor pertama yang mengakibatkan Gummy Smile adalah ukuran bibir atas lebih kecil berbanding bibir bawah, kerana ukuran tersebut membuatkan gusi jelas kelihatan ketika anda senyum.

2. Dalam beberapa kes tertentu ukuran bibir dan gigi dalam keadaan normal, tetapi dapat memiliki senyuman Gummy Smile adalah disebabkan  keadaan jaringan gusi yang berlebihan.

3. Faktor genetik juga memainkan peranan apabila ada dalam keluarga anda yang memiliki rahang berukuran besar, maka anda juga berpotensi mengalami hal serupa yang dapat menyebabkan Gummy Smile terjadi.

4. Gingival Hyperlasia adalah istilah perubatan yang menyebutkan keadaan dimana terdapat jaringan gusi yang berlebihan atau abnormal, ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan keadaan ini berlaku.

- Tubuh badan kekurangan vitamin

- Badan menghasilkan kolagen dalam kuantiti yang berlebihan

- Terjadinya pembengkakan gusi akibat jangkitan bakteria didalam mulut

- gejala penyakit seperti diabetis,limfoma,anemia,leukimia hingga HIV

- kesan sampingan pengambilan ubat

- Kehamilan

5. Ketika anda jarang membersihkan mulut, plak akan terbentuk di celah gigi, apabila semakin menebal ia boleh menyebabkan jangkitan kuman pada mulut yang mengakibatkan terjadinya pembengkakan gusi.


Ada yang suka pada Gummy Smile dan tidak kurang juga yang tidak selesa dengan keadaan ini. Kepada mereka yang tidak selesa pada Gummy Smile, Anda boleh merawatnya dengan berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan nasihat dan juga sesi rawatan.



Post a Comment

0 Comments