PSG DISIASAT, DISYAKI MERASUAH PEGANJUR BALLON D'OR 2021

PARIS SAINT GERMAN(PSG) disiasat kerana disyaki merasuah France Football, penganjur Baloon d"or, untuk kemenangan Lionel Messi pada 2021.


Lionel Messi ketika memenangi Ballon D'or


Menurut laporan media Perancis, Le Monde, pada sabtu ( 6/1/2024), lembaga atasan PSG tersebut mencuba mempengaruhi Pascal Ferre  yang memiliki status pemimpin France Football saat Messi memenangi Ballon d'or pada 2021.

Selain itu juga ia menerima tiket penerbangan kelas bisnes dengan Qatar Airways yang dibayar oleh pemerintah Qatar dengan bayaran 8.986 euro pada mac 2021.

Hadiah dari PSG ini telah diduga membantu kelab mereka untuk melobi Ferre untuk memberi kemenangan kepada Messi pada Ballon d'or 2021 setelah bintang sepak bola itu menandatangani kontrak di ibu kota Perancis.

Penyiasatan dari pihak polis, yang didedahkan oleh Le Monde dan Mediapart, juga menindak lanjut sistem pesanan ringkas, bekas pengarah komunikasi PSG, Jean Martial Ribes.

Ia memberitahu Nasser Al Khelafi bahawa "penting untuk melobi" dan mereka akan makan tengah hari bersama Pascal Ferre,Isi sistem pesanan ringkas pada telefon Jean Martial Ribes.

Le Monde, menjelaskan bahawa penyelidikan hanya fokus pada bekas pengarah komunikasi PSG, Jean Martial Ribes.

Ribes didakwa pada 1 Dis 2023 antara lain kerana terlibat dalam kes rasuah dan menjual pengaruhnya sebagai pemimpin tertinggi PSG.

"Ribes diminta mendapatkan tiket pertandingan sepak bola PSG oleh jurnalis, ahli politik, pegawai terpilih, anggota menteri kabinet atau perdana menteri dan juga artis", demikian laporan Ketua Polis Negara Perancis pada november 2023,

Ferre telah membantah keras tuduhan tersebut. Ferre mengatakan Messi tidak masuk pencalonan Ballon d'or pada 2022 dan 2021, ia memilih Robert Lewandowski sebagai pemain terbaik dunia.



Post a Comment

0 Comments