RUMPUT KERING,TANAH BERLUBANG ADALAH SATU KEBANGGAAN WANITA AUSTRALIA INI

AUSTRALIA: Memiliki rumput dihalaman rumah yang kering dan coklat juga adalah sesuatu yang membanggakan bagi wanita asal australia ini.

Gambar Kathleen Murray dengan rumput dihalaman rumahnya, yang telah menjuarai pertanding halaman "Rumput Terhodoh" Di Dunia

Kathleen Murray berasal dari Sandfort, Tasmania telah memenangkan sebuah pertandingan Halaman "Rumput Terhodoh" Di Dunia, yang dianjurkan oleh Region Gotland yang berasal dari Sweden dan seorang pelakon Hollywood Shailene Woodley.

Pertandingan ini di adakan melalui akaun Instagram @Swedeninoz, pihak penganjur mengajak orang ramai untuk menyertai pertandingan ini dengan memuat naik gambar rumput yang kering ke akaun media sosial mereka dengan hastag #worldsugliestlawn.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengimbau kembali krisis kekurangan air yang masih melanda beberapa negara hingga ke hari ini.

Kerana keadaan tersebut Gotland menyeru orang ramai untuk lebih bijak menggunakan air menerusi pertandingan Halaman "Rumput Terhodoh Di Dunia". Berdasarkan penelitian,"rumput halaman yang luas telah banyak menghabiskan air hanya untuk kelihatan cantik dan menawan", ungkap Gotland lagi.

Oleh yang demikian menerusi pertandingan ini, masyarakat akan sedar bahawa dengan tidak menyiram rumput dihalaman rumah dapat membantu negara untuk menjimatkan penggunaan air. 

Kathleen Murray, memenangi pertandingan tersebut di sebabkan rumput dihalaman rumah Murray, merupakan rumput halaman yang paling terhodoh, selain gersang terdapat juga lubang-lubang yang dalam dan kering disebabkan oleh 'Bandicoot' sejenis binatang berpoket kecil, haiwan endemik Australia.

Atas kemenangan tersebut Murray berhasil mendapatkan sebuah sijil penghargaan dan sepasang sarung kaki kitar semula yang menyatakan dirinya memiliki Halaman "Rumput Terhodoh Di Dunia"- Sumber dari CNN World 11 Januari 2024

follow: Locco Site FB page

Post a Comment

0 Comments