SELURUH PENDUDUK TIDUR ATAS PASIR

Tidur atas pasir

Pelbagai bentuk tilam empuk berada dipasaran pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia juga lebih memilih tidur di atas tilam yang empuk dan selesa. Faktor tidur tidak selesa juga selalu dikaitkan dengan tilam yang tidak bagus.


Tempat tidur penduduk

Namun berbeza pula dengan penduduk di satu daerah di hujung Pulau Garam, Madura, Indonesia. Penduduk daerah ini memiliki satu tradisi yang pelik, kampung yang di panggil sebagai kampung Pasir ini memiliki tradisi tidur di atas pasir.

Memang terdengar pelik, tapi itulah yang terjadi di kampung ini dimana penduduknya lebih memilih tidur di atas pasir berbanding di atas tilam. Tradisi yang dikatakan telah berlangsung selama ratusan tahun ini menjadi amalan mereka setiap hari.


Rutin harian penduduk bila tidur


Bukan tidur sahaja bahkan majoriti penduduk Kampung Pasir juga dilahirkan di atas pasir, jika kita menggangap pasir adalah benda kotor dan menyimpan banyak bakteria, tapi andaian tersebut dibantah oleh mereka, kerana mereka menganggap pasir ada banyak manfaat, salah satu manfaatnya adalah jika keadaan cuaca sejuk pasir pula akan menjadi hangat, jika cuaca panas, pasir pula akan menjadi sejuk, bahkan pasir juga baik untuk peregangan tubuh badan.

Pasir yang digunakan di tapis terlebih dahulu dari batu dan benda tajam, dan cuma pasir sekitar kampung mereka sahaja yang mereka gunakan, kerana tekstur lembut dan mengkilat.


Gambar pantai inilah tempat pasir di ambil


Uniknya pada pasir ini, bila anggota badan yang basah bersentuh pada pasir tersebut ia tidak akan melekat pada tubuh badan.

Setiap rumah di Kampung Pasir ini memiliki tilam pasir mereka sendiri, Penduduk Kampung Pasir juga percaya banyak lagi manfaat dan kebaikan tidur di atas pasir, hanya mereka yang mengamalkan sahaja yang tahu..

follow Locco Site fb page

Post a Comment

0 Comments