SEORANG LELAKI BERUMUR 80 TAHUN MENOMBAK IMAM SELESAI SOLAT


Lokasi imam masjid ditombak


INDONESIA: Rabu 24 jan 2024, Suspek yang bernama Daeng Supu, berumur 80 tahun sanggup menombak Muhammad Amir berumur 54 tahun selepas selesai menunaikan solat subuh berjemaah.

Mangsa merupakan imam di masjid tersebut yang terletak di daerah Maros,Sulawesi Selatan. Punca kejadian adalah disebabkan suspek memiliki dendam lama terhadap mangsa. 

Dalam satu pengakuan suspek merasa dengki apabila jawatan imam dimasjid berkenaan diberikan kepada mangsa, dimana sebelumnya jawatan imam di masjid berkenaan di pegang oleh beliau.

Ketua polis Bantimurung, makmur mengatakan kejadian berlaku dibelakang masjid, ketika kejadian mangsa sedang menutup pintu masjid sebelum suspek datang dari arah belakang dan menombak punggung mangsa, suspek yang panik pun melarikan diri.

Mangsa yang mengalami pendarahan banyak, telah dikejarkan ke hospital dan kini dalam keadaan stabil.

Sementara itu Daeng supu sudah pun di tangkap oleh pihak polis, beserta bukti tombak yang digunakan. Pemeriksaan lebih lanjut akan dijalankan.


sumber- CNN Indonesia





Post a Comment

0 Comments