"TOLONG JANGAN EJEK ISTERI SAYA" PENGANTIN LELAKI DI CHINA MELINDUNGI ISTERINYA DARIPADA EJEKAN TETAMU YANG HADIR KE MAJLIS PERKAHWINANYA

CHINA: Bagaimana sebuah majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari gembira, berakhir dengan perasaan sedih dan berlinangan air mata.


Pasangan pengantin yang viral di china

Itulah yang terjadi kepada sepasang pengantin yang baru melangsungkan perkahwinan di daerah Jiangsu. China, viral baru-baru ini berlaku perdebatan hangat apabila pengantin wanita tersebut menangis akibat di ejek oleh tetamu yang hadir mengenai berat badannya yang mencapai 200kg.

Walaupun demikian, Mempelai lelaki yang sedar akan perkara itu tanpa lengah telah pergi menemui mempelai wanitanya untuk menenangkannya. Dia yang tidak tahan dengan mendengar ucapan itu langsung mengecam tetamu yang hadir akibat tingkah laku mereka yang dia rasakan tidak senonoh, 

"Anda di jemput untuk merestui saya, bukannya mengejek isteri saya"

Berdasarkan  laporan, pasangan pengantin itu telah bersiap sedia dari segi mental untuk menghadapi pandangan buruk atau komen yang kurang menyenangkan dari tetamu yang hadir, tetapi mereka tidak menyangka keadaan akan jadi seteruk ini.

Pada mulanya pasangan pengantin tersebut menangis gembira, kerana merayakan moment indah dalam hidup mereka, tapi semuanya kini telah bertukar kepada perasaan sebak dan sedih.

 Dan ada juga tetamu yang mengatakan lelaki itu berkahwin kerana duit, bukannya cinta. Tetapi lelaki tersebut dengan cepat menepis dakwaan tersebut.

"Saya cintakan kekuatannya dan kelemahannya, tidak kira dia gemuk atau kurus, cantik atau hodoh, kaya atau miskin, selagi dua jiwa serasiitu sudah lebihdari cukup".

Dia juga mengatakan tidak ada seorang pun yang faham, apa yang telah mereka perjuangkan untuk dapat hidup bersama.

Min doakan mereka kekal bahagia hingga ke  hari tua... Untuk pembaca yang tengah mencari duit untuk menghalalkan seseorang, "tetaplah berjuang  jangan pernah menyerah kerana takkan ada proses yang mudah untuk tujuan yang bahagia".

follow page loccosite....




Post a Comment

0 Comments