6 TRAGEDI MANUSIA DITELAN BUMI DI ZAMAN MODEN

Bencana dan musibah kerap berlaku akhir-akhir ini, terkadang bencana yang datang berskala besar dan membunuh ramai orang serta memusnahkan harta benda.

Untuk kisah kita kali ini min nak cerita tentang manusia yang jatuh ke dalam lubang yang terbentuk secara tiba-tiba. Ini boleh berlaku disebabkan gempa bumi, tanah terlalu lembab kerana hujan yang banyak dan juga pembangunan yang tidak mengikuti piawaian yang betul.

Mudahan kita semua terhindar dari musibah ini.. amiinn..


Sebuah Keluarga Terbunuh di kawah Gunung Berapi



Letupan gunung berapi dapat membunuh manusia dengan larva, abu, aliran piroklastik, dan juga asap tebal, tetapi ada juga satu cara lagi iaitu dengan kawah.

Pada september 2017, sebuah keluarga yang terdiri dari pasangan dan dua orang anak lelaki merekatelah mengunjungi gunung berapi Solfatara, berhampiran Naples, Itali.

Menurut pegawai yang bertugas, salah seorang anak lelakinya yang berusia 11 tahun telah memasuki kawasan kawah yang di larang, oleh itu ibu bapanya telah mengejar budak itu untuk membawanya kembali.

Tiba-tiba, tanah sekitar tempat mereka berpijak runtuh disebabkan tekanan berat 3 orang, menyebabkan kawah sebesar tiga meter terbuka di bawahnya.

ketiga-tiga mereka jatuh kedalam kawah dan mungkin mati disebabkan sesak nafas akibat terhidu gas toksik.

seorang lagi anak mereka yang berusia 7 tahun selamat kerana kekal di kawasan bukan larangan, lalu bergegas meminta bantuan.

Tanah di kawasan itu tidak kuat dan sebagai tambahan selain mengeluarkan gas toksik  gunung berapi ini juga mengeluarkan wap panas sehingga 160 darjah celcius.

Kalau jatuh kedalamnya, bermakna kematian muktamad.


Halaman Rumah Yang Berongga



Seorang budak lelaki berumur 7 tahun bermain bersama abangnya di halaman rumah di sebuah kompleks Apartmen di North Brunswick, new Jersey, pada bulan April 1993.

Ketika kwami Syarif meletakkan kakinya kedalam lubang kecil di halaman rumahnya, dengan tiba-tiba tanah tersebut runtuh. Kwami jatuh kedalam lubang sedalam 2.4 meter yang penuh dengan serpihan dahan, akar pokok dan juga terdapat air bertakung di bawahnya.

Kwami yang masih dalam keadaan sedar dan ketakutan berteriak meminta tolong dari lubang itu. Bapanya dengan bantuan jiran dan pihak polis semuanya cuba mengeluarkannya dari lubang itu, tetapi malangnya tanah di sekitarnya runtuh sekali lagi.

Tanah berlumpur itu menimpa Kwami dengan tidak henti-henti, sehinggakan lubang tersebut tertutup. Selepas 7 jam usaha penggalian di lakukan, mereka berjaya membawa Kwami keluar. Namun kwami di sahkan telah meninggal dunia.

Setelah siasatan di lakukan, telah di sahkan bahawa akar pokok yang di tanam di halaman rumah mereka yang menyebabkan tanah tersebut berongga lalu menyebabkan ia runtuh.


Lelaki Di Telan Bumi ketika rehat Di Ruang Tamu


Pada Satu malam Febuari 2006, seorang guru sekolah bernama Jason Cellew yang sedang berehat di ruang tamu rumahnya dengan tenang, tiba-tiba mendengar bunyi aneh dari lantai rumahnya.

Jason kemudian bangun dan mencari sumber bunyi tersebut, namun tidak semena-mena tanah di bawah kakinya tiba-tiba mendap dan menelannya serta merta.

Isteri Jason, yang ketika itu hamil, tidak mengalami kecederaan kerana berada di dalam bilik tidur. Selepas dua hari usaha penggalian di lakukan, penyelamat berjaya mengeluarkan mayat Jason dari lubang tersebut.

Kemudian satu lubang lagi terjadi kira-kira 15 meter dari lokasi pertama. Satu pasukan kira-kira 100 pakar telah di turunkan ke rumah Jason untuk mencari punca nahas tersebut.

Menurut siasatan, tanah di bawah bandar Alta California mempunyai rangkaian terowong besar milik lombong emas abad ke-19.

Atas sebab ini, adalah di anggap bahawa hujan di kawasan tersebut telah meruntuhkan sebahagian lombong di bawah rumah Jason, yang mengakibatkan terjadinya lobang.


Gempa Bumi Yang Menelan Manusia


Terdapat pelbagai filem yang menggambarkan seseorang mati di telan bumi ketika berlakunya gempa. Malang sekali benda ini terjadi bukan dalam filem sahaja.

Walaupun gempa bumi kadang terjadi tidak seperti yang kita lihat dalam filem, namun jika keadaan tanah mengikut kriteria yang diperlukan, tanah dapat terbelah.

Pada tahun 1948, gempa yang berskala 7 telah melanda bandar Fukui, Jepun. Menurut kisah pertama yang di ceritakan oleh penduduk tempatan, seorang wanita yang berada di sawah padi terjatuh ke dalam retakan yang terhasil dari gempa tersebut.

Lubang yang sebesar 1.2 meter telah tertutup kembali setelah menelan wanita berkenaan dan lalu menghancurkannya.

Suami dan anak wanita itu menemui mayatnya yang sangkut di celah retakan tersebut, dengan sebelah tangan masih menggengam padi seolah ingin menyelamatkan diri.

Kerosakan di sebabkan gempa bumi sangat besar sehinggakan badan meteorologi Jepun terpaksa meningkatkan skala intensiti seismik mereka kepada tahap lebih tinggi.

hampir 4,000 kematian dan puluhan ribu kehilangan tempat tinggal.


Guetemala City Di Telan Bumi



Anda sudah membaca bagaimana manusia di telan bumi di dalam rumah mereka sendiri.

Bagaimana jika rumah yang ada orang di dalamnya di telan oleh bumi?

Pada Febuari 2007, penduduk Guetemala  City, terkejut apabila mendengar seperti letupan bom, manakala terdengar teriakan "tiang elektrik jatuh".

Sebabnya? Tanah di kejiranan di bandar ini mula mendap dan lebih 10 buah rumah jatuh kedalam lubang sedalam 100 meter itu.

Tiga mayat di temui di dalam lubangdan di sungai kumbahan bersebelahan dengan salah satu keluarga yang tinggal di dalam rumah yang musnah.

Pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan lebih 1,000 orang pendudukdari kawasan tersebut. Kerana takut kemungkinan kawasan itu akan runtuh lagi.

Dipercayai punca kejadian di sebabkan air hujan dan paip pembentungan yang pecah di bawah bandar tersebut.

Pada tahun 2010, satu lagi lubang terhasil kira-kira 5 kilometer dari lokasi pertama di mana ia telah menelan bangunan tiga tingkat, sebuah rumah dan seorang mangsa.


Lubang Menelan Lot parkir


Pada tahun 1993, sebuah tempat letak kereta di bawah sebuah hotel di Atlanta telah runtuh dan menyeret tiga buah kenderaan kedalam lubang yang terhasil.

Dua orang yang berada di lokasi berkenaan turut tenggelam dan mati serta merta.

Salah satu dari mayat tersebut berjaya di keluarkan dari lubang berkenaan, manakala satu lagi di jumpai dalam paip pembentungan berdekatan, selepas diseret air.

Seperti yang terjadi di Getamala, hujan lebat menyebabkan paip pembentungan lama yang berada di bawah lot parkir tersebut pecah.

Akibatnya, lantai tersebut menjadi lemah , menghasilkan lubang sedalam 60 meter yang menelan tempat parking tersebut.





Post a Comment

0 Comments