MARGARET GAN MASIH SEDIA UNTUK BERLAKON


Margaret gan usia emas bukan penghalang

Tidak mahu hanya mendapat bantuan pelakon veteran, Margaret Gan masih sedia berlakon walaupun usia mencecah 81 tahun.

Harapan itu disuarakannya selepas mengakui tiada tawaran yang di terima sejak enam tahun lalu daripada pihak produksi.

Siapa tidak mengenali margaret, seorang pelakon veteran dalam drama-drama tempatan. Bermula 1970-an, namun sejak kebelakangan ini sukar bagi beliau memegang sebarang watak setelah bayaran di tawarkan tidak setimpal.

Bukan mahu berlagak katanya, tapi biarlah nilai diberikan setimpal dengan pengalamnnya dalam industri seni.

"Saya dapat tawaran terakhir pada 2018, maksudnya sudah enam tahun saya tidak dapat tawaran. Tapi apa nak buat? saya pun mintak juga kerja bukan mintak sedekah." ungkapnya.

Katanya lagi, banyak pihak produksi menyangka dia sudah tidak mampu berlakon lagi. Usia emasnya bukan penghalang baginya untuk masih boleh menghafal skrip serta memandu ke lokasi penggambaran jika mempunyai tawaran.

Beliau juga pada itu berharap pihak produksi seni dapat menyelenggarakan skim bantuan bulanan kepada golongan artis veteran sepertinya bagi meringankan beban,

Margaret terdahulu ditemui pada program ziarah seni madani anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) di ibu negara. Pertemuan di rumah pelakon veteran itu untuk menerima sumbangan. Beliau menerima bantuan dari Finas beserta kira-kira seratus pelakon veteran lainnya pada tahun ini.

Locco doakan semoga Margaret Gan diberi kesihatan untuk meneruskan karya seni beliau.....


Post a Comment

0 Comments