Selepas kita digemparkan dengan satu kes buli yang mengakibatkan kematian yang berlaku di Sabah. kini satu kes bu li melibatkan lima orang pelajar di sebuah sekolah berasrama di Mukah, Sarawak.
Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata lima pelajar Tingkatan Lima itu didakwa menyerang mangsa sebanyak dua kali sehingga menyebabkan kecederaan parah.
Menurutnya, kejadian pertama didakwa berlaku di asrama lelaki itu kira-kira pukul 9.30 malam Isnin lalu apabila suspek menuduh mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Dua, kerana menghilangkan seluar mereka selepas dibasuh mangsa.
"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada dan belakang badan," katanya.
Kejadian kedua pula didakwa berlaku pada keesokan harinya pada pukul 9.30 malam, di lokasi sama.
"Kali ini, mangsa cedera parah di bahagian dada, perut dan kemaluan. Mangsa telah dihantar ke Hospital Bintulu untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut," kata Muhamad Rizal.
Kelima-lima suspek telah ditahan oleh pihak polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 506 (ugutan jenayah), Seksyen 377CA (menc*bul kehormatan) dan Seksyen 323 (menyebabkan kecederaan secara sukarela) Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini yang boleh menimbulkan kegusaran awam
0 Comments