Bergaduh Menggunakan B*si Dan p*rang, Hanya Kerana Tidak Memberi Laluan


Tular sebuah video pergaduhan dua lelaki disebuah kawasan laluan belakang tempat letak kereta berhampiran Jalan Tamu Minggu,Kota Belud, sabah. kejadian tersebut dipercayai berpunca apabila telah berlaku provokasi kedua-dua belah pihak kerana masing-masing tidak mahu memberikan laluan semasa melalui jalan yang sempit.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superitenden shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya telah mengesan satu kes video tular berkaitan kes pergaduhan yang dikongsikan di laman sosial Muka Buku.

Katanya, Video tersebut memaparkan pergaduhan membabitkan dua lelaki menggunakan s*njata.

"hasil siasatan polis mendapati pergaduhan terbabit berlaku jam 11.30 pagi, 22 Mac lalu dikawasan letak kereta berhampiran Jalan Tamu Minggu,di sini.

"Pihak polis menasihatkan orang awam untuk tidak membuat spekulasi berkaitan  kes terbabit kerana dikhuatiri mengganggu siasatan".



Dua lelaki tersebut yang tular di Muka Buku berg*duh menggunakan b*si dan p*rang.

"Mana-mana saksi awam yang melihat kejadian diminta untuk tampil ke Ibu pejabat Polis daerah (IPD) Kota Belud untuk membantu siasatan, atau boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Izhafizan haron di talian 014-6318003.

Kejadian sebegini dapat dihindari jika ada sifat toleransi sesama manusia. Sifat pentingkan diri dan baran ni janganlah di simpan kerana kelak memakan diri sendiri..

Post a Comment

0 Comments