Bukan sahaja Manusia, Biawak Pun Diperkosa bergilir- gilir Sebelum Dagingnya Dimakan Di India

Gambar suspek ketika di tangkap

Baru-baru ini tular di media sosial seorang pelancong dari Sepanyol menjadi mangsa rogol oleh 7 orang lelaki di India. kes tersebut mendapat simpati seluruh dunia dengan mengecam dan mendesak kerajaan India menangkap semua pelaku yang terlibat. 

Namun, min nak kongsi satu kes yang berlaku di India. Kes tersebut memang tak masuk dek akal kalau nak di fikirkan...so korang baca dan fikir sendiri. huhuhu....

kes satu ni memang agak menjijikkan di mana empat orang lelaki di dapati telah merogol seekor biawak Bengal.

Biawak Bengal

kejadian ini bukanlah yang pertama kali berlaku di India. Kes pemerkosaan haiwan banyak terjadi disana. Namun,  Pemerkosaan terhadap biawak  adalah yang terbaru dan belum pernah ada kejadian sebelumnya yang melibatkan haiwan tersebut. 

Pada tahun 2022, Renjer hutan di daerah berkenaan berhasil menangkap pelaku yang diduga telah merogol biawak bengal tersebut di hutan tempat perlindungan harimau Sahydari.

keempat-empat orang pelaku, sandeep Tukram, pawar mangesh, janardhan kamtekar, dan Akshay Sunil telah melakukan tindakan keji ini dengan menceroboh ke sebuah hutan yang dilindungi Sahydari Tiger reserve - STR

Bukan saja di perkosa, malah biawak tersebut juga dibunuh dan dimakan oleh suspek. Tindakan keji ini mengejutkan ramai pihak, termasuk Renjer hutan berkenaan Vishal Mali

" Tindakan keji ini belum pernah terjadi sebelumnya" ungkapnya.

pemeriksaan telefon bimbit suspek telah menemukan bukti gambar dan video yang menunjukkan kejadian jijik tersebut. Dalam video tersebut terlihat suspek merogol haiwan berkenaan secara bergilir-gilir.

Mereka akan dikenakan penjara tujuh tahun mengikut undang-undang perlindungan Satwa Liar 1972, kerana biawak Bengal termasuk dalam spesies yang dilindungi di India.

Sedangkan biawak pun tak selamat disana! inikan pula manusia.

Post a Comment

0 Comments