Disyaki Ada Hubungan Sulit, Lelaki M*ut Ditikam 40 Kali


Anggota Unit Forensik PDRM melakukan siasatan di lokasi kejadian setelah seorang lelaki etnik Rohingya ditemui m*ti dalam kebun jagung dipercayai ditikam rakannya di Kampung Melor Lama semalam. - Foto BERNAMA


KOTA BHARU: Seorang lelaki etnik Rohingya yang ditemukan m*ti di sebuah rumah di Kampung Melor Lama di sini, semalam ditikam sebanyak 40 kali termasuk di dada.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata lelaki berusia 44 tahun ditikam rakan senegaranya yang berusia 32 tahun dalam kejadian 9.30 pagi semalam.

Katanya, hasil siasatan mendapati motif kejadian itu disebabkan cemburu kerana dipercayai mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isteri suspek yang berusia 29 tahun.

"Hasil siasatan lanjut kita mendapati terdapat 40 kesan tikaman termasuk di bahagian yang sama di dada. Sebelum kejadian, mangsa pergi ke rumah suspek sebelum berlaku pergaduhan.

"Susulan itu, suspek mengambil sebilah pisau di dalam rumah yang disewanya dan menikam mangsa sehingga lelaki itu maut," katanya pada sidang media Pelupusan Barang Kes Dadah Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Ali Thamby dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Datuk Mohd Nor Yhazid Idris.

Mengulas lanjut Muhamad Zaki berkata, ketika kejadian isteri suspek turut berada di dalam rumah.

Beliau berkata, suspek dan isterinya ditahan semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sebilah pisau pemotong sayur dirampas untuk siasatan lanjut.

"Suspek dan mangsa sebelum ini pernah menyewa bersama sebelum mereka tinggal berasingan bersama isteri masing-masing," katanya.

Muhamad Zaki berkata, suspek dan isterinya direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana memb*nuh.

Terdahulu, perintah tahanan reman dibuat di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Nazri.

Media semalam, melaporkan seorang lelaki Rohingya dipercayai ditikam dengan

Sebilah pisau oleh rakan senegaranya selepas terbabit dalam pergaduhan di sebuah rumah di Kampung Melor Lama di sini, semalam.

M*yat mangsa ditemukan di kawasan kebun jagung berhampiran rumah yang disewa oleh suspek.


Sumber-BeritaHarian


Post a Comment

0 Comments