Dituduh mengambil wang berjumlah RM85 punca seorang pelajar vokasional di sabah dibelasah sehingga m*ti

Ahli keluarga mangsa sedang menunggu proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu pada Sabtu. -Gambar Thestar

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kematian seorang pelajar vokasional di Lahad datu, Sabah. Menurut keterangan, remaja berkenaan telah di tuduh mencuri, namun itu bukanlah alasan mangsa di pukul sehingga meninggal dunia.

Perselisihan faham itu terjadi dipercayai kerana suspek telah mengambil wang berjumlah RM85 yang menjadi punca seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut akibat dipukul di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu pada Jumaat.

 Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati mangsa, Mohammad Nazmie Aizzat Muhd Narul Azwan, diserang selepas dia dituduh mencuri wang berjumlah RM35 dan RM50 daripada dua pelajar.

"Mereka menuduhnya mencuri wang itu dan mangsa dipukul sehingga m*ti oleh semua suspek," ujarnya pada Sabtu lalu.

Beliau menambah siasatan kes berkenaan masih diteruskan dan Mahkamah Lahad Datu membenarkan tahanan reman selama enam hari bermula 23 hingga 29 Mac ini untuk kesemua 13 suspek yang berusia antara 16 hingga 19 tahun.

"Kita juga telah mengambil keterangan daripada 12 saksi termasuk empat warden asrama, pengawal keselamatan dan beberapa pelajar kolej terbabit," katanya.

Katanya, kesemua suspek didapati negatif dadah semasa ujian saringan air kencing.

"Kita juga telah merampas 12 telefon pintar milik suspek," katanya sambil menambah pihaknya masih menunggu laporan penuh bedah siasat mengenai punca kematian mangsa.

Bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu pada Sabtu.

Terdahulu, media melaporkan Mohammad Nazmie Aizzat Muhd Narul Azwan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas lantai di asrama oleh warden kira-kira 6.50 pagi Jumaat (22 Mac).

Mangsa yang merupakan pelajar program Bioteknologi di kolej berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan selepas pihak kolej memaklumkan polis mengenai kejadian itu.

Min berharap tindakan keras akan di ambil untuk kaki buli sehingga menyebabkan kematian. Dimanakah sifat belas kasih kita? apatah lagi kita sedang berada dibulan ramadhan..Min ucapkan takziah untuk keluarga mangsa, dan sabar menghadapi ujian ini..

Post a Comment

0 Comments