Kehilangan Dhia Batrisyia: Polis rekod keterangan lima individu

Siti Dhia Batrisya dilaporkan hilang selasa lalu

Kuala Lumpur: Polis sudah merakam keterangan lima individu berhubung kehilangan Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar, 12, yang masih tidak pulang sejak dilaporkan hilang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya berkata, lima individu terbabit terdiri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga kanak-kanak itu.

"Kami sudah rakam keterangan lima individu iaitu ahli keluarga dan rakan namun setakat ini belum ada perkembangan," katanya ketika ditanya berhubung kes itu hari ini.

Terdahulu tular di media sosial mengenai Dhia Batrisyia yang dilaporkan hilang selepas gagal dikesan sejak Selasa lalu.

Ibunya, Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili, 41, berkata, kali terakhir dia bersama anaknya itu adalah di kediaman mereka di sekitar Pudu, di sini kira-kira jam 4 petang.


Post a Comment

0 Comments