Lelaki Hilang 4 Hari Di Temui m*ut Dalam Cerun

Keadaan kenderaan mangsa - foto Metro

Georgetown: Seorang lelaki yang di laporkan hilang sejak empat hari lalu ditemukan m*ut selepas kereta yang dipandunya terjunam ke dalam cerun setinggi 45 meter di kawasan bukit Jalan Paya Terubong ke Relau.

Jenazah mangsa berusia 29 tahun itu ditemukan pada jarak empat meter dari kenderaannya, di sini, hari ini.

Pegawai Operasi Zon Daerah Timur Laut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Muzzamer Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1 petang.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dan BBP Paya Terubong ke lokasi sejurus terima panggilan.

"Kemalangan membabitkan kereta yang terjunam kira-kira 45 meter daripada tebing.


Bomba mengeluarkan jenazah dari tebing - foto BeritaHarian

"Mangsa didapati sudah meninggal dunia dan berdasarkan keadaan, kita dapati kemalangan dipercayai sudah beberapa hari berlaku," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Muzzamer berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut.

"Terdapat banyak kecederaan pada badan mangsa dan dia mungkin terpelanting atau keluar sendiri daripada kenderaannya selepas kereta itu terjunam ke cerun.

"Mayat mangsa ditemukan oleh orang awam sebelum mereka menghubungi talian kecemasan," katanya.

Sementara itu keluarga mangsa yang dikenali sebagai Chew berkata, mangsa memandu kereta jenis Proton Persona milik kekasihnya untuk keluar minum bersama rakan sebelum dilaporkan hilang pada 9 Mac lalu.

"Dia ada hubungi kami kali terakhir pada jam 1 pagi ( 9 Mac) dan memaklumkan dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Alor Vista, Relau dekat sini.

"Bagaimanapun, dia gagal dijejaki atau dihubungi sebelum kami mendapat panggilan daripada pihak polis yang memaklumkan penemuan mayatnya tengah hari tadi," katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.


Kredit- Metro

-ADVERTISEMENT-
Ads by Mayat mangsa berusia 29 tahun itu ditemukan pada jarak empat meter dari kenderaannya, di sini, hari ini.Pegawai Operasi Zon Daerah Timur Laut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Muzzamer Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1 petang.Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dan BBP Paya Terubong ke lokasi sejurus terima panggilan.

Post a Comment

0 Comments