Lima orang penjenayah k*jam tewas dit*mbak polis


Lima orang penjenayah bersenjata api dit*mbak m*ti oleh polis dalam kejadian tembak-menembak di Putra Heights, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut sumber, kelima-lima suspek mempunyai kaitan dengan sekurang-kurangnya 50 kes s*mun di sekitar Lembang Klang.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 11.30 pagi pada Jumaat (29 Mac), difahamkan dua p*stol turut dirampas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Kami akan membuat satu sidang media dalam masa terdekat untuk berkongsikan maklumat lanjut mengenai perkara ini," ujarnya ringkas.

Difahamkan ketika kejadian, sepasukan polis mengesan sebuah kenderaan mencurigakan sebelum mengarahkannya untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan.

Bagaimanapun, kesemua suspek tidak mengendahkan arahan diberikan dan bertindak melarikan diri ketika dikepung sebelum melepaskan beberapa das tembakan serta merempuh bahagian belakang kenderaan polis.



Ketangkasan PDRM perlu mendapat pujian dengan Menumpaskan penjenayah yang dikehendaki dan sangat berbahaya. 

Sumber - Thestar

Post a Comment

0 Comments