Akira Toriyama |
Pemergian Akira Toriyama mengejutkan peminat Dragon Ball seluruh dunia. Bila sebut sahaja Dragon Ball semua orang tahu anime legenda tersebut. Karya beliau telah mencipta satu fenomena zaman kanak-kanak kita dahulu.
Pemergian beliau juga turut dirasakan oleh dua orang pelukis manga terkenal, yang menjadikan Akira sebagai panutan mereka semenjak kecil lagi.
Ini adalah ucapan yang disampaikan oleh Eiichiro Oda (One Piece) dan Masashi Kishimoto (Naruto).
Eiichiro Oda |
kekosongan yang ditinggalkan terlalu besar dan terlalu cepat.
kesedihan menyelubungi saya apabila saya sedar yang saya tidak akan bertemu kamu lagi. Dari zaman kanak-kanak saya mengagumi awak. Saya masih ingat hari pertama saya dipanggil dengan nama. dalam perjalanan pulang anda menggunakan perkataan 'kawan' untuk kami, saya masih ingat saat gembira bersama Kishimoto-san. Saya masih teringat perbualan terakhir kita.
Anda yang memegang baton ketika zaman membaca manga adalah di anggap perkara bodoh, anda telah mencipta satu era dimana orang dewasa dan kanak-kanak dapat menikmati manga. Anda menunjukkan kepada kami bahawa manga dapat melakukan ini, dapat membawa kami kedunia lain. Terasa seperti melihat seorang wira sedang mara ke hadapan.
Bukan sahaja untuk artis manga, tetapi untuk semua pencipta manga dimana ketika zaman Dragon Ball diterbitkan mereka masih kanak-kanak lagi. Keterujaan dan inspirasi kekal berakar umbi, kehadiran mu bagaikan pokok gergasi.
Bagi artis manga generasi kita yang berdiri di atas pentas yang sama, karya Toriyama menjadi lebih hebat bila kita dekati. memang menakutkan, tetapi bertemu anda yang sentiasa santai membuat saya gembira. kami sangat menyukai Toriyama- sensei.
Dengan rasa hormat dan terima kasih atas karya agung Toriyama-sensei, saya dengan tulus hati mendoakan agar beliau dapat berehat dengan tenang.
Semoga syurga menjadi dunia yang menggembirakan seperti yang anda bayangkan sensei...
Masashi Kishimoto |
Sejujurnya aku tak tahu nak tulis apa dalam keadaan mengejut begini. Tetapi saya ingin menyampaikan apa yang saya ingin nyatakan tentang Toriyama-sensei, pada pandangan saya.
Dari awal sekolah rendah dengan Dr. Slump hingga beberapa tahun kemudian dengan Dragon ball. manga sensei sentiasa bersama saya, menjadi sebahagian dari hidup saya. Walaupun keaadan sukar, tetapi Dragon Ball setiap minggu membuatkan saya melupakannya. Ia adalah penyelamat bagi budak luar bandar seperti saya, kerana Dragon Ball terlalu menyeronokkan! Pada zaman Universiti saya tiba-tiba, Dragon Ball yang menjadi sebahagian dari hidup saya sejak sekian lama telah berakhir. Saya rasa kehilangan yang teramat sangat dan tidak tahu apa yang perlu saya harapkan lagi. Tetapi pada masa sama, ia adalah peluang untuk benar-benar memahami kehebatan sensei, yang mencipta Dragon Ball.
Saya mahu mencipta karya seperti sensei! saya mahu menjadi seperti sensei! Mengejar untuk menjadi manga artis, saya secara beransur-ansur telah mengatasi rasa itu. Kerana membuat manga itu menyeronokkan. Sensei sentiasa menjadi bintang pembimbing saya. Saya mengagumi anda. Mungkin sensei merasa ia menyusahkan, tetapi saya tetap bersyukur! Dia bagaikan dewa keselamatan dan manga kepada saya.
Pertama kali berjumpa dengannya, saya sangat gementar sehingga tidak dapat bercakap. Tetapi selepas beberapa kali bertemu dengannya ketika menjadi juri penilai Anugerah Tezuka, saya terbiasa bercakap dengannya. Sebagai kanak-kanak Dragon Ball, Oda-san dan saya teruja berbual tentang betapa menyeronokkannya Dragon Ball, hampir bersaing, dan saya tidak akan lupa senyumannya yang sedikit malu yang sensei berikan kepada kami.
Saya baru sahaja menerima berita tentang pemergian sensei. Saya merasa kehilangan yang sangat besar jika dibandingkan Ketika siri Dragon Ball berakhir...Saya masih tidak tahu bagaimana untuk menutupi lubang di hati saya ini. Saya tidak boleh membaca Dragon Ball , manga kesayangan saya. Sekarang, saya tidak rasa yang saya dapat menulis mesej ini kepada sensei dengan betul. Orang ramai seluruh dunia masih menantikan karya sensei. Jika ada satu hajat dari Dragon Ball yang boleh menjadi kenyataan....Maafkan saya ... Mungkin saya pentingkan diri sendiri, tetapi saya sedih, Sensei.
Terima kasih,Akira Toriyama-sensei, atas banyak karya anda yang menyeronokkan selama 45 tahun . Dan terima kasih banyak-banyak atas kerja keras anda.
Kepada keluarga yang mendiang, anda pasti sedang dalam kesedihan. Tolong jaga diri. Saya berdoa untuk ketenangan anda Toriyama-sensei.
Kini Akira Toriyama telah menamatkan perjalanannya sebagai Mangaka setelah meninggal dunia pada 1 Mac 2024 pada usia 68 tahun setelah mengalami pendarahan otak. Namun, karya-karya beliau tetap menjadi inspirasi dan menghiburkan ramai orang hingga hari ini. Di antara karya agung beliau adalah Dragon Ball, Dr. Slump, Dragon Quest dan banyak lagi...
Pasukan produksi juga berkata "Kita sangat sedih kerana masih ada karya-karyanya yang sedang diusahakan dengan penuh semangat".
0 Comments