Tiga lelaki diberkas pada Sabtu (2 Mac) selepas merogol seorang pelancong dari Sepanyol secara berkumpulan, sedang wanita itu dalam perjalanan melalui kawasan terpencil di timur India menaiki motosikal bersama suaminya, lapor media tempatan.
MUMBAI: Tiga lelaki diberkas pada Sabtu (2 Mac) selepas merogol seorang pelancong dari Sepanyol secara berkumpulan, sedang wanita itu dalam perjalanan melalui kawasan terpencil di timur India menaiki motosikal bersama suaminya, lapor media tempatan.
Serangan itu berlaku pada Jumaat malam (1 Mac) di daerah Dumka di wilayah Jharkhand, timur India di mana pasangan itu berhenti untuk bermalaman dalam sebuah khemah.Wanita itu berhasil mendapatkan bantuan daripada van peronda polis kira-kira jam 11.00 malam waktu tempatan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, menurut pegawai polis Pitamber Singh Kherwar kepada akhbar The Times of India.
Menurut Encik Kherwar, polis berjaya menangkap tiga orang yang dikaitkan dengan serangan itu dan sedang memburu lebih ramai suspek.
Wanita Sepanyol itu dirawat di sebuah hospital di Dumka dan siasatan sedang dijalankan, menurut laporan media.
Secara purata hampir 90 kes rogol dilaporkan di India setiap hari pada 2022, menurut data Biro Rekod Jenayah Kebangsaan negara itu.
Sungguhpun demikian, sebahagian besar kes tidak dilaporkan disebabkan oleh stigma yang dikaitkan dengan mangsa dan kurang kepercayaan terhadap siasatan polis.
Sabitan kes masih jarang berlaku, dengan banyak kes terkandas selama bertahun-tahun disebabkan oleh sistem keadilan India yang menangani terlalu banyak kes jenayah.
Pada 2012, satu kes rogol yang menyebabkan kematian seorang pelajar India menjadi tajuk berita utama di seluruh dunia.
Jyoti Singh, seorang pelajar jurusan fisioterapi yang berusia 23 tahun, dirogol dan diserang sebelum dibiarkan bertarung nyawa oleh lima lelaki dan seorang remaja dalam sebuah bas di New Delhi pada Disember tahun itu.
Jenayah ngeri itu mendapat perhatian antarabangsa mengenai tahap keganasan seksual yang tinggi di India dan mencetuskan bantahan selama berminggu-minggu, dengan undang-undang dipinda untuk memperkenalkan hukuman mati bagi kesalahan merogol.

0 Comments