Hiroshima Sungai Buloh, Letupan Terbesar di Malaysia

 


Yang suka main mercun time raya ni, pernah tak korang terfikir mercun yang korang beli tu asal dari mana? Dari mana penjual mercun dapatkan stock untuk meriahkan raya korang?

Sebenarnya mercun yang terdapat di negara kita semua di import dari negara jiran. Sebab negara kita tidak ada kilang yang menghasilkan bunga api.

Dekat Malaysia tidak ada satu pun kilang bunga api ni. Kalau korang tidak percaya korang boleh cari sendiri. Dulu negara kita ada kilang mercun sendiri tapi sekarang sudah di tutup. Nak tahu sebab apa? Ok min akan kongsikan ceritanya...

Pada 7 Mei 1991, iaitu 22 hari lepas Hari Raya Aidilfitri tepat jam 3.45 petang telah berlaku satu tragedi letupan paling besar dalam sejarah negara kita. Dan ada yang menggelarkannya insiden ni dengan gelaran Hiroshima Sungai Buloh, disebabkan letupannya seakan-akan bom atom yang dijatuhkan ke kawasan Hiroshima pada perang Dunia Ke-2.

Letupan pertama berpunca daripada satu kawasan dalam kilang bunga api yang dinamakan 'Bright Sparkles' yang terletak di Sungai Buloh, Selangor. Kejadian berlaku apabila seorang ahli kimia dari Hong Kong atas kecuaiannya sendiri menyebabkan hasil daripada pengujian bunga api yang dihasilkan terkena longgokan simpanan mercun dan bunga api yang terletak berhampiran dan seterusnya berlaku letupan yang sukar dikawal.



Disebabkan kegagalan dalam mengawal letupan yang pertama, letupan kedua pun menyusul dalam 10 minit dan seterusnya leyupan ketiga iaitu letupan paling dahsyat pada pukul 4 petang.

Lebih kurang 20 letupan berlaku menyebabkan kepulan asap hitam yang boleh dilihat pada jarak 8km! Masa tupekerja yang baru masuk shift petang berpusu-pusu keluar menyelamatkan diri. Kekuatan letupan tersebut menggegarkan kawasan sekeliling dan menyebabkan banyak rumah runtuh atau terbakar termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan dan kilang bahan pewarna makanan yang berdekatan dengan kilang mercun tersebut.

Letupan itu turut menggemparkan penduduk kuarters tentera di Kem Tentera Sungai Buloh yang terletak kira-kira 300 meter dari kilang berkenaan dan memecahkan tingkap rumah di bandar Seri Menjalara dan Selayang, kira-kira 7km dari kilang berkenaan.

Masa kejadian penduduk berdekatan kawasan kilang itu berlari menyelamatkan diri, segala kaca-kaca dan batu serta kayu berterbangan menyebabkan penduduk segelintir penduduk gagal menyelamatkan diri dan cedera. Kemalangan berlaku di banyak tempat kerana masing-masing ingin menyelamatkan diri ketika itu.

Bila letupan semakin berkurang, kedengaran raungan mangsa yang cedera terdengar dimana-mana. Berpuluh mangsa cedera manakala ratusan orang ramai mula memenuhi kawasan runtuhan untuk mencari saudara-mara yang dikhuatiri turut menjadi mangsa tragedi tersebut.

Suasana makin hiba bila melihat keadaan ngeri mangsa yang r*ntung dan tidak lengkap anggota tubuh badan dibawa keluar dari bangunan kilang yang hangus terbakar. Seramai 8 jentera Bomba termasuk dua dari Kem Tentera Sungai Buloh, 2 dari Wilayah Persekutuan, 2 dari Petaling Jaya dan masing-masing sebuah dari Damansara Utama dan Shah Alam tiba memadamkan kebakaran dan menyelamatkan mangsa.



Banyak dugaan sepanjang proses memadamkan api berlaku. Antaranya ialah, tekanan air terlalu rendah, pili jauh, api merebak dengan pantas, angin kencang serta beberapa letupan menghalang tugas memadamkan api. Sewaktu ketibaan pihak Bomba, api telah pun merebak ketiga rumah berhampiran kilang, menyebabkan pihak bomba terpaksa menggunakan air yang tersedia dalam lori bomba dan bertarung nyawa memadamkan kebakaran. Namun dengan kecekapan pihak bomba api dapat dikawal daripada merebak ke rumah yang lain sekitar kawasan berhampiran.

Sembilan ambulans dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan lima dari Hospital Sungai Buloh berulang alik untuk mengangkut mangsa yang cedera untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Ada juga yang menggunakan lori dan van untuk membawa mangsa dalam keadaan berlumuran d*rah.

Walaupun kebakaran dapat dipadamkan, anggota bomba tidak dapat memulakan pencarian mangsa serta merta kerana dikhuatiri terjadi letupan susulan kerana kilang tersebut masih memiliki bahan letupan yang tersimpan dibawah tanah dikawasan kilang berkenaan.

Apabila tidak ada lagi letupan susulan, pihak bomba memulakan pencarian pada jam 5 pagi dan mengesahkan terdapat 21 orang terkorban dalam kemalangan tersebut termasuk ahli kimia dari Hong kongyang dijumpai dalam keadaan r*ntung.

Seramai 83 orang yang cedera dan dirawat di beberapa buah hospital di Kuala Lumpur. Pihak polis turut menerima beberapa aduan mengenai kehilangan beberapa orang penduduk tempatan. Selain itu juga, sebanyak 37 buah rumah , beberapa kenderaan dan motosikal juga turut musnah akibat letupan itu.


Disebabkan tidak ada rekod kedatangan pekerja di kilang berkenaan, pihak polis tidak dapat mengenal pasti jumlah pekerja yang hilang ataupun terkorban dalam insiden itu. Pada hari ketiga, operasi mencari diteruskan tapi kali ini agak mencabar dimana hujan lebat selama satu jam menyebabkan bahan l*tupan tersebut menjadi racun. Untuk mengelakkan kejadian tidak di inginkan berlaku, seramai 200 orang dari pasukan mencari dan menyelamat di arahkan untuk keluar dari kawasan kejadian kerana takut gas tersebut akan memberi kesan buruk terhadap pasukan penyelamat.

Namun malang tidak berbau, seramai 50 orang pasukan penyelamat telah terkena gas beracun dan menyebabkan bengak dan gatal diseluruh tubuh badan dan juga kesukaran untuk bernafas. Pada hari keenam penduduk mengadu bau busuk ditempat kejadian sewaktu kerja pembersihan dijalankan.



Pada 16 Mei 1991, pihak berkuasa melancarkan 'OPS Api Buloh' untuk membersihkan dan memindahkan bahan kimia yang ada dikilang tersebut. Sewaktu kerja pembersihan dijalankan ada yang menjumpai m*yat yang hanya tinggal t*ngkorak dan tulang menyebabkan jumlah korban meningkat.

Walaupun beberapa hari telah berlaku selepas insiden itu, bara api masih ada lagi namun berjaya dipadamkan oleh pihak bomba.

Berikutan insiden itu, dua anak syarikat milik Bright Sparkles yang beroperasi di Rawang dan Hulu Langat diarahkan tutup dan pengharaman bunga api dan mercun dikuat kuasakan. Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Tabung Bantuan Kebakaran Sungai Buloh  dan juga pusat pemindahan di Bukit Komuniti Sungai Buloh yang ditubuhkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia bagi meringkan beban mangsa tragedi.

PERKESO juga mengumumkan bahawa mereka akan membayar pampasan dan faedah oergantungan kepadakeluarga mangsa tragedi itu, walaupun nama mereka tidak didaftarkan dengan pertubuhan itu. Unit HAZMAT telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1992 serta Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah diluluskan di Parlimen.

Siasatan telah dijalankan oleh Suruhanjaya  Siasatan Diraja (RCI) dan apa yang mereka perolehi adalah pengurusan syarikat telah melanggar peraturan berkanun dan negara dengan menubuhkan kilang secara haram dan mengambil pekerja dibawah umur.

Banyak lagi pihak kerajaan dan NGO bantu untuk mangsa letupan Hiroshima Sungai Buloh.

Inilah serba sedikit perkongsian dari Min kenapa negara kita tidak boleh ada kilang mercun. Bagi korang yang tau kisah ni komen kat bawah....

LoccoSite






Post a Comment

0 Comments