Ibu malu tengok video Lagu Raya Aliff syukri yang tak berakhlak

MV Love Raya Aliff Syukri


Tindakan keterlaluan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri tampil dengan single raya baharu yang berjudul 'Love Raya' mengundang rasa kurang senang ibunda tercinta iaitu Rozita Ibrahim.

Mengulas mengenai lagu nyanyian anaknya itu, Rozita, 60, meminta Aliff segera memadam video muzik (MV) berkenaan kerana dianggap menjijikkan dan keterlaluan.

Semua orang tak suka pun tengok,jangan jadi orang yang namanya Islam tapi tidak mencerminkan akhlak Islam, tolong 'delete' video itu.


"Mana malu? Mana kamu letak maruah? Jangan malukan mak, hentikan selamanya...Jangan ada lagu raya lagi," katanya menerusi satu hantaran Instagram pada isnin.

Sebelum itu Aliff memuat naik klip MV lagu berkenaan memaparkan sekumpulan lelaki menari dengan aksi dilihat agak kurang sopan.

Sementara itu, Rozita mengakui hidupnya tidak tenteram selepas menonton rakaman MV berkenaan.

Katanya lagi, perbuatan Aliff itu seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadhan dan tidak sensitif dengan situasi yang berlaku sekarang.

Warga maya juga menggesa Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi) untuk mengambil tindakan sekat video 'Love Raya' Aliff Syukri kerana perlekeh orang Melayu dan Islam.






Post a Comment

0 Comments