Lelaki sasarkan isteri, tapi tert*mbak pengawal peribadi

Tangkap layar semasa kejadian


"Terkejut dan tidak sangka perkara begini berlaku pada bulan Syawal," demikian luah isteri kepada pengawal peribadi yang parah dit*mbak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi tadi.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Siti Noraida, 28, itu berkata, sejurus selepas menerima maklumat berkenaan kejadian sekitar 2 pagi itu, beliau terus bergegas ke Hospital Cyberjaya untuk melihat suaminya yang sedang menerima rawatan.

"Pihak hospital memaklumkan keadaan suami saya ketika ini kritikal dan perlu ditidurkan. Saya juga diberitahu ada pendarahan teruk dan waktu tiba di hospital dia sesak nafas, tapi tiada organ penting yang kena (t*mbakan)," katanya kepada Bernama.

Suri rumah sepenuh masa itu berkata suaminya ditugaskan sebagai pengawal peribadi secara sambilan sebelum Ramadan lepas.

Mangsa cedera dibawa keluar dengan ambulans

Majikan beliau yang dikenali sebagai Farah Md Isa atau Farah Cie membuat hantaran dimedia sosial memohon doa untuk pengawal peribadinya yang sedang kritikal dihospital.

Dia turut memberitahu ada orang melepaskan t*mbakan yang mengenai pengawal peribadi itu serta laporan polis sudah dibuat.

Terdahulu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian berlaku di Balai ketibaan KLIA Terminal 1, dengan suspek sudah dikenal pasti dan kini dalam buruan.

Beliau juga menolak sebarang unsur ekstremis, isu p*ngganas mahupun gangguan awam lain sebaliknya, insiden bermotif peribadi iaitu perselisihan antara suami isteri.


Loccosite

Post a Comment

0 Comments